Lirik Ben Ladin - Rampung



Lirik Lagu Ben Ladin - Rampung :


Masih ramai bertanya
Asalku dari mana
Hikayatku di baca
Ben ku di beri nama

Masih ramai mencari
Seru namaku berkali
Pintu mana yang dicari
Aku empunya kunci

Salam sua kenapa duduk luar?
Tak jumpa jalan masuk ni ku tunjuk jalan keluar
Pasang sua cuba terangkan minda dan hati
Pak belalang jumpa simba bergema hikayat sang sakti

Mereka makin riuh lepas warkah yang pertama
Marjina angkat jari ibu ramai yang gumbira
Baling dadu kita tengok siapa yang kena
Jangan kamu cuba semu takut tidur tak lena

Beradab banyak cara biadap jangan sekali
Yang jerung atas darat
Laratnya makan berkali
Tahu menyorok sepi
Tidak pula diolok geli
Yang mahunya dibeli
Alkisah si anak seni

Masih ramai bertanya
Asalku dari mana
Hikayatku di baca
Ben ku di beri nama

Masih ramai mencari
Seru namaku berkali
Pintu mana yang dicari
Aku empunya kunci

Dulu bersemuka salam suka kenyit mata
Kenapa sekarang lagak gaya macam kasim baba
Cuaca makin cerah yang diluar bagaimana?
Walau tusuk duri takkan ku berputus asa

Ku disini dengan nadaku menyampai
Tanda isi gua ku dah melambai
Mamai disemai dalam damai gemalai
Cari gemala sakti ramai terkapai

Jahitan disimpul macam buat kata-kata
Kalau bukan singa pasti itu maharaja
Tolong jaga muka dari bertopengkan kata
Yang berakal mesti panjang lagam gaya ali baba

Hikayat pertama akhirnya bergema
Serapah dibaca penyambung cerita

Masih ramai bertanya
Asalku dari mana
Hikayatku di baca
Ben ku di beri nama

Masih ramai mencari
Seru namaku berkali
Pintu mana yang dicari
Aku empunya kunci

Masih berdendang menari di akhir seloka
Masih sempurna walau lama tidak bersua
Makcik pakcik adik abang makin nampak suka
Ku cuba tutup lama yang baru kini dibuka

Mantera dibaca tanda penutup acara
Macam khatam baca jawi rumi alif ba ta
Rampung ngiseng bakal jadi penyambung suara
Ben Ladin sembah salam moga bertemu semula

Masih ramai bertanya
Asalku dari mana
Hikayatku di baca
Ben ku di beri nama

Masih ramai mencari
Seru namaku berkali
Pintu mana yang dicari
Aku empunya kunci


Related Posts

Subscribe Our Newsletter